Resepi Dadar Berempah. Anda Nak Tau?

Salam Dan Salam Sejahtera buat kawan-kawan yang berada di serata tempat.

Buat apa di hari Jumaat yang berbahagia ni? hehehe.. mungkin tengah berehat, yela kan letih baru lepas balik dari shah alam hari tu. Saya ni pun tengah dok sakit urat lagi rasanya. Tambah pulak semalam ada games bola dengan cikgu-cikgu sekolah masa praktikal dulu.

Tapi alhamdulillah, dapat mesej dari kawan-kawan yang mengatakan mereka selamat sampai ke rumah masing-masing dah.

Tengah saya mengelamun di pagi jumaat, saya teringat la makanan yang famus masa dok rumah sewa dulu. Korang jangan cakap tak tau pulak kan cara-cara nak buat telur dadar at lest telur mata kerbau. Fuh sedap weh, ada kicap dengan bawang dan sebagainya. Geng-geng rumah sewa di Taman BernamTanjung Malim dulu mesti ingat lagi kan? hahaha..

Ok kawan, di sini saya nak kongsi resepi telur dadar berempah untuk kawan-kawan maya yang teringin nak buat kan. Beb, ni resepi orang laki bujang atau seangkatan denganya hahaha.. Selamat mencuba!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTlKvCuzVCZ5oWQapILpRVdC38vFVrCh3-SNDVJznJisTxfQJesa8Z8uyHuMfdNFRDAhs_F3HsPbWSy9UAxSwHT5BSEgH08BtqCDYsHWqndmIA4sctGEFI7quHOmTVij5S5Ll5Ym-3yOE/s1600/telur+dadar+berempah.jpg


Bahan-Bahan:

4 biji telur
1 sudu teh ketumbar biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit daun sup dan daun bawang
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (mayang nipis)
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh kicap
Garam secukupnya
Sedikit minyak

Cara:

Tumbuk lumat ketumbar biji, bawang merah, bawang putih dan halia.

Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan bahan tumbuk, daun sup dan daun bawang, bawang besar, cili, kicap dan garam secukup rasa.

Pijarkan minyak hingga panas, tuangkan adunan telur kedalam kuali,kecilkan api dan tutup.

Apabila permukaan sudah masak, balikkan telur. Berhati-hati agar tidak pecah dan tutup sekali lagi. Biar hingga betul-betul masak, potong-potong dan angkat. Hidangkan panas-panas.



Pesanan: kalau Tak sedap korang Jangan salahkan saya!

Comments