Pengalaman Selepas Sebulan Bertugas Di SMK Riam, Miri

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/225658_10150283284532929_693757928_7604128_4208790_n.jpg

gambar semasa majlis bbq di tanjung, kawasan Bekenu

Alhamdulillah, pejam celik dah lebih sebulan saya menjalankan tugas sebagai pendidik di SMK Riam. Sesungguhnya suasana di sini 80% tidak sama dengan suasana di semenanjung. Rujukan sekolah yang pernah saya menjalani latihan.

Sebelum datang, banyak la nasihat dan petua yang dititipkan kat saya terutama dari keluarga dan orang tersayang. Alhamdulillah, nasihat itu akan saya pengang.

Apa yang berbeza?

Bandaraya Miri

Mula-mula keluar ke bandar, saya tak jangka Miri boleh dapat status bandaraya kan. Rasanya macam dok di bandar biasa-biasa sahaja. Bangunan yang paling tinggi kat sini pun hotel-hotel la yang manopoli. kat sini majoriti penduduknya guna kenderaan jenis Toyota pacuan 4 roda, Hilux, Prado dan banyak lagi. Tapi Miri ni terkenal dengan bandar orang kaya dan suka hidup mewah. Tengok la rumah sampai ada 4 hingga 5 tingkat.

Sekolah

Suasana persekolahan di sini tidak sama macam semenanjung. oleh kerana matahari di sini tubik awal, maka automatik sistem persekolahan akan di awalkan. Masuk sekolah sebelum 6:40AM. Cuba bayangkan kawan yang kat semenanjung dok tengah buat apa? layan mimpi lagi la kan. Alhamdulillah, dari hari ke hari saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. untuk pengetahuan kawan, sekolah yang saya mengajar ni merupakan sekolah yang paling hampir dengan lapangan terbang Miri. Hari-hari boleh tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Jumlah pelajar yang beragama Islam ialah 150 orang dari 1000 orang murid. So banyak la cabaran bagi guru Islam. Nanti saya akan jelaskan kat kawan pada post akan datang apa itu cabaran.

Murid

Oh sungguh memerlukan kesabaran dan saya amat suka akan cabaran ini. Saya dapat mengenali pelbagai latar belakang anak didik di Miri ni. Bermula dari Melayu sampai la kepada Kenyah. Cuba korang faham sendiri macam mana cara percakapan mereka dan pergaulan antara murid dan guru. Sungguh BERBEZA. Saya perlu belajar cara mereka untuk menyesuaikan diri dalam proses PnP dalam kelas. Untuk tahun ni saya ditugaskan untuk subjek Pendidikan Seni Visual untuk 5 kelas. Wow! semua kelas hujung. Cabaran mesti disahut!

Guru

Alhamdulillah, rakan sejawat amat mesra dan baik. Dari hari pertama sampai la sekarang saya tidak putus-putus mendapat pertolongan dari mereka. Keadaan yang saya baru pertama kali jejak kaki kat Serawak ni amat difahami mereka lagi pun rata-rata majoriti guru-guru di sini belajar di universiti semenanjung. Mereka tahu apa yang kita perlukan. Terima kasih buat semua terutama Cikgu Hamzah dan isteri yang bagi tumpang rumah lebih kurang sebulan lepas. Jasamu akan ku kenang.

Rumah

Bermulanya ramadan baru lepas, saya dan Din dapat masuk ke rumah baru. Ambik BERKAT bulan mulia. Untuk pengetahuan kawan-kawan, harga rumah di Miri memang menjadi satu masalah buat guru-guru yang baru posting. Harga sewa rumah yang paling murah di Miri ialah RM 400. Itu pun untuk rumah yang ada 2 bilik. Cuba bayangkan la, rumah teres 1 tingkat yang biasa kita tengok kat KL tu kat sini sewanya RM 600. Wow! Insya allah, rumah yang sekarang kami duduk ni hanya buat sementara tapi tidak tahu la nanti macam mana. Andai selesa, kami akan tinggal lama. Alhadulillah kami dapat sewa di sebuah rumah yang baru. walaupun sedikit kecil dan mahal harganya, syukurlah kan. Faham-faham la kan kalau ada rumah sendiri ni, kita boleh buat apa saja.

Makanan

Bersambung...

Comments