Pemain Manchester United meraikan kejayaan menjulang trofi Perisai Komuniti dengan menewaskan Manchester City 3-2 di Stadium Wembley. — Foto Reuters
LONDON, 8 Ogos — Manchester United (MU) yang bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama menewaskan Manchester City 3-2 bagi menjulang Perisai Komuniti di Stadium Wembley di sini malam tadi.
Juara Liga Inggeris itu menjaringkan tiga gol berturut-turut pada separuh masa kedua.
Chris Smalling dan Nani menyamakan kedudukan MU pada awal separuh masa kedua dan Nani sekali lagu menjaringkan gol — gol kemenangan pada masa kecederaan.
Gol Manchester City dijaringkan oleh Joleon Lescott dan Edin Dzeko.
Comments
Post a Comment