911 Adalah Perancangan Bush – Perisik Rusia

http://bikyamasr.com/wp-content/uploads/2010/09/september11_.jpg

MOSCOW: Seorang pakar perisikan Rusia, Vitcishlav Korolev, berkata tragedi 11 September 2001 yang mengakibatkan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York musnah dalam satu serangan pesawat perang adalah perancangan halus yang didalangi oleh mantan presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan sebuah stesen rangkaian televisen Rusia yang mengemukakan soalan kepadanya mengenai apakah benar ia merupakan perancangan halus dan licik mantan presiden Bush.

"Memang benar," tegasnya seperti yang disebut dalam bukunya ‘Rahsia 11 September’ dengan mengemukakan bukti berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dalam pentadbiran Washington sendiri.

Perancangan 11 September katanya terlaksana sebagai satu lakonan hebat yang dirancang oleh Bush dan mantan Perdana Menteri Britain ketika itu, Tony Blair kerana rakus untuk mempopularkan diri masingmasing di persada dunia sebagai hero malah yang lebih penting dari itu ialah untuk menguasai dunia dengan menuduh banyak pihak terutama aktivis Islam sebagai pengganas sebagai cara untuk menghalalkan tindakan untuk menangkap mereka.

Hakikatnya, banyak pihak dituduh seperti al-Qaeda, Taliban yang ketika itu memerintah Afghanistan, gerakan Ikhwan Muslimun dan apapun namanya menjadi mangsa kepada kebiadaban Amerika Syarikat dan Britain, sementara Iraq, Afghanistan dan negara lain turut dituduh dengan pelbagai tohmahan sematamata untuk merealisasikan impian jahat Bush dan Blair.

Apa yang pasti tegas Vitcishlav Korolev, keganasan yang dikatakan berlaku di kebanyakan negara sebenarnya disuburkan oleh dasar Amerika dan Britain, di mana kedua-dua negara inilah yang membiayai dan menaja sumber kewangan bagi mencetuskan huru-hara di negaranegara umat Islam yang boleh tunduk kepada kemahuannya.

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, keamanan dunia tetap sama pada tahap seperti sebelum terjadinya tragedi 11 September. Ttragedi itu bagi dasar Amerika pimpinan Bush menguntungkannya kerana menjadi modal untuk melabelkan mana-mana pihak yang menentang dasarnya sebagai pengganas, justeru tragedi seumpama itu.

Menurut Vitcishlav Korolev ia tidak akan berlaku buat kedua kali kerana ia adalah rekaan sematamata bagi mengalih banyak isu yang tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Washington.

Dengan berlakunya tragedi yang menjadi impian Bush dan Blair, maka mereka berjaya memperbodoh-bodohkan dunia sama ada peringkat rakyat dan pemimpin dunia, apa yang pasti ia menjadi pemangkin kepada melebarkan pengaruh ke seluruh dunia bahawa Amerika dan Britain adalah di antara negara yang prihatin kepada pembanterasan keganasan peringkat global.

Hari memperingati ulang tahun ke-10 peristiwa 11 September Pada tarikh 11 September lalu, Presiden Barack Obama dan isteri berkenan untuk menghadiri ulang tahun kesepuluh tragedi tersebut di bandar New York dan juga Bush serta isteri dan beberapa tetamu di kalangan kononnya mangsa tragedi yang menyayat hati itu.

Upacara bermula dengan melalui tapak kedua-dua menara WTC oleh Obama dan Bush pada jam 8.46 pagi iaitu masa serangan menara tersebut sebagai memperingati tragedi, kemudian kedua-dua Obama dan Bush menggelilingi kawasan berkenaan dengan berjabat tangan semua anggota keluarga mangsa tanda simpati yang siap menunggu sejak awal pagi lagi.

Majlis upacara juga membacakan nama-nama mangsa seramai 184 orang dan disebut sebagai wira negara kerana terkorban ketika menjalankan tugas masing-masing. Di mana upacara tersebut berlangsung dalam keadaan penuh berjaga-jaga dengan kawalan keselamatan yang amat ketat dan kebanyakan kenderaan tidak dibenarkan melalui jalanjalan utama menuju WTC.

11 September tarikh memalukan pemimpin Amerika Menurut Fellow Kanan bagi dasar luar di Pusat Bagi Hal Ehwal Timur Tengah, Bruce Riedel tragedi 11 September memperlihatkan kesalahan dasar pimpinan atau pentadbiran Washington yang diketuai oleh Bush.

Kesalahan yang dilakukannya meliputi cara, strategi mahupun sudut geografi.

Bruce Riedel yang juga mantan pegawai tertinggi di Agensi Pusat Perisikan (CIA) bagaimanapun pernah menyatakan pendiriannya ketika sedang berkhidmat dalam CIA terhadap hasrat Bush dan Blair yang merancang untuk memusnahkan menara Pusat Dagangan Dunia yang terletak di New York adalah tindakan bodoh yang merugikan banyak pihak.

Apa yang dapat disaksikan selepas tragedi itu dunia tidak aman, tuduh-menuduh berlaku di mana-mana, golongan tidak bersalah disabitkan dengan keganasan dan macam-macam lagi

Bruce dengan tegas pernah menulis dalam majalah Newsweek terbitan Amerika di bawah tajuk ‘Bagaimana Amerika boleh memerangkap rangkaian al-Qaeda’ dalam isu pengeboman? Dalam tulisannya beliau menegaskan, bahawa sebenarnya tersingkap sifat gelojoh pemimpin Amerika yang sebenarnya tidak boleh dimaafkan, kerana tindakannya itu melibatkan kerugian nyawa dan harta benda yang tidak boleh dinilai. Bush dan Blair sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan dan boleh dilabelkan sebagai pengganas dan penjenayah licik.

Bush katanya memperalatkan pegawai-pegawai tertinggi yang boleh dicucuk hidung mereka dalam CIA kerana bersengkongkol dengan niat liarnya itu seolaholah tidak memikirkan langsung risiko yang akan ditangung akibat daripada perancangan bodohnya itu. Kononnya jika berjaya WTC dimusnahkan, rancangan selanjutnya untuk menuduh al- Qaeda dan melancarkan serangan ke atas Iraq akan bermula.

Tetapi apa yang dapat dilihat, sehingga kini senjata pemusnah yang dikatakan oleh Bush berada di bumi Iraq hingga kini masih belum ditemui, sedangkan Saddam Husein telah menerima nasib malang dengan tuduhan pelbagai ke atasnya dan dibunuh.

Begitu juga dengan al-Qaeda di Pakistan dan Afghanistan dan kononnya Amerika terpaksa menghantar tenteranya ke sana untuk tujuan keamanan di rantau tersebut. – Islammemo

Comments