Belajar Biar Habis Dulu Dik. Sapu Hingus Tu Dulu.

Gambar sekadar hiasan

Hari ni ada sorang budak mengamuk pagi-pagi lagi. Sebelum ni pun dah ada kes mengamuk, budak ni juga.

Kadang-kadang lucu juga bila dengar citer macam ni.

Belajar la dulu dik. Engkau belum tahu pentingnya pelajaran dan sekarang memang la. Orang muda memang tenganh fikir keseronokkan.

Sebelum ni sampai pecah kerusi plastik sebab bergaduh dengan kekasih.

Kalau cinta tu betul-betul serius kiranya ok juga la kan sebab ada kawan mula bercinta dari sekolah menengah sampai la ke universiti.

Ni pagi perempuan lain yang kau bawa dan petang pulak perempuan lain pulak dibawa naik motor.

Bila ada masalah kau bawa masuk sekolah. Mana tak pening pengurusan macam ni. Sapu hingus yang keluar kat hidung dulu dik.

Comments