Assalamualaikum.
Salam hujung minggu, saya baru balik je dari main badminton. Fuh terbakar la juga lemak kat badan ni.
Tapi yang tak baiknya, lepas makan pakat g balun nasi dan roti canai kat kedai mamak. Hahaha.. Siap makan lauk kambing bagai la.
Geng, aktiviti ni kita boleh teruskan setiap hujung minggu la kan.
Semalam juga ada saudara mara telefon, tanya lahad datu dengan miri tu jauh ke dekat. Buat yang belum tahu, miri ni kat sarawak dan lahad datu ni kat sabah.
Kita sama-sama doakan la para pejuang dan kawan-kawan di sabah semuanya selamat. Cara nak rampas tanah air orang ni bukan cara yang bermaruah, nama je sultan tapi perangai macam syaitan.
Orang nak hidup aman damai la bro!
Comments
Post a Comment