Dulu bersekolah di sekolah menengah agama persekutuan. 11 subjek yang perlu di tempuh.
Dugaan dan halangan ditempuh sampai ke hari peperiksaan. Bulan 3 keputusan keluar, hati mana tak sedih dan kecewa apabila mendapat keputusan yang kurang cemerlang.
Hati kecewa kerana cita-cita yang besar tersekat.
Memulakan langkah ke politeknik selama 3 tahun. Sempat kerja kilang dan kerani di pusat beli belah. Puas bergaduh dengan tokey sebab perangai yang angkuh.
Abah suruh ke upsi. Hati berat tapi isi juga sebab jaga hati. Alhamdulillah, rezeki dapat masuk upsi dengan senang walau pun keputusan poli tidak juga baik.
4 tahun berhempas pulas dengan pelbagai tugasan dan karenah kehidupan.
Dipanggil temuduga guru di shah alam. Pergi konvoi bersama dengan kawan. Mendapat keputusan penempatan jauh di sarawak. Pelbagai perkara bermain dalam fikiran.
Keluarga bagi kata semangat, sebelum datang sarawak sempat bawa keluarga ke rumah isteri. Minta izin perkenalan kami semoga direstui.
Syukur, rezeki bertambah. 1 tahun bekerja terus mendirikan rumah tangga dan belum sampai 1 tahun ulang tahun perkahwinan, allah kurniakan anak yang bakal lahir awal bulan 5 nanti.
Cerita bukan nak sombong diri tetapi nak mengatakan usaha, restu orang tua dan patuh pada ajaran allah insya allah segala rezeki akan datang.
Syukur.
1 2 3 4 5 6 7 9 10 atau lebih a yang kamu dapat, jangan sombong pada orang sekeliling.
Usaha dan jangan cepat putus asa. Kita masih ada perjalanan yang jauh andai dipanjangkan umur oleh allah. Semoga hari-hari yang mendatang, allah takdirkan kita semuanya ke arah kebaikan.
- Home
- keluarga
- kisah hidup
- peribadi
- Result SPM Awak? Keputusan Saya Teruk!
Result SPM Awak? Keputusan Saya Teruk!
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Comments
Post a Comment