Semalam pergi ke tabung haji. Orang punya la ramai kat sana. Teman isteri nak tambah simpanan duit. Lebih katanya hehehe..
Bersembang dengan pakcik yang ada di situ, dia kata kat tabung haji ni setiap hari ramai. Semua datang nak bincang soal nak pergi haji atau nak tambah simpanan.
Pakcik kata la lagi, dengan citer dalam tv dok kata yang rakyat kelantan miskin, banyak dok minta bantuan dan pelbagai lagi la.
Kebanyakkan yang datang takda la pakai tie atau smart dan bergaya. Tapi sekali simpan sampai 20 ribu beb. Wow!
Ya allah, murahkan rezeki hambamu, cukupkan lah segala apa yang engkau kurniakan. Tambahkan la rezeki jika itu yang engkau kehendaki.
Comments
Post a Comment