Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pasukan bolasepak negeri Kelantan,yang menjuarai Liga Super 2011 selepas menewaskan Sabah 2-1 semalam.
Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan Md Norshahrul Idlan Talaha yang mempamerkan sentuhan berbisanya seawal minit keenam separuh masa pertama dan menambah lagi koleksi jaringannya pada minit 73 separuh masa kedua.Hasil kemenangan ke atas Sabah menyaksikan skuad The Red Warriors mengutip mata keseluruhan 56 mata sekaligus melengkapkan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super buat pertama kali dalam sejarah.
Penguasaan dan percaturan yang dilakukan oleh ketua jurulatih Kelantan, M. Karathu nyata membuahkan hasil apabila penguasaan dan corak permainan yang lebih memihak kepada Kelantan sepanjang aksi 90 minit.
Dalam perlawanan lain, pencabar terdekat Selangor pula gagal mengutip kemenangan selepas sekadar seri 0-0 menentang Perak di Ipoh sekaligus melenyapkan peluang mereka untuk ditabal selaku juara musim ini.Kasut Emas musim 2011 Liga Super pula menjadi milik pemain penyerang Terengganu, Abd Hadi Yahya selepas membantu penyu membelasah Felda United 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Selangor.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan kepada Kelantan selepas berjaya menjadi juara Liga Super tahun 2011 ini dan apa yang kami harapkan,agar dengan prestasi membanggakan setiap pasukan dalam Liga Super ini nanti, mampu menyediakan pemain yang berkualiti untuk menyarung jersi pasukan Malaysia dan menyemarakkan kembali arena bola sepak tempatan negara kita.
Comments
Post a Comment