Salam Ramadhan. Niat Puasa Dan Doa Buka Puasa

July 31, 2011
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVozBLN5WyFGibmql4x2HKcRLuJn7JER1xL9gWVzg1nDCWNcdQMiGYIdkjnp2ljxq73qJtVkQX4wmqMzMGt_lDsAKgHkqRut_28mvjGn2DxvPdwGChZLbe9jiKbvRpQnVqS-BLLl5cF49j/s1600/program+ramadan+2011+di+astro.jpg

Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari(waktu maghrib). Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Niat Puasa Ramadhan

Mungkin ramai yang sudah tahu niat puasa itu macam mana. Tapi mungkin ada diantara kita yang terlupa kerana puasa ramadhan ni kan setahun sekali. Biasa la tu jika kita terlupa. Jadi saya berkongsi di sini untuk kita sama-sama ingat kembali dan amalkan sepanjang bulan ramadan ini.

Syarat sah puasa adalah kita hendaklah niat puasa. Ia adalah wajib untuk kita berniat puasa di bulan Ramadhan ini.

Waktu untuk kita berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu apabila telah masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib sehinggalah sebelum terbit fajar shadiq(waktu Subuh). Oleh itu, niat puasa itu bolehlah dilakukan pada mana-mana bahagian daripada waktu malam puasa tersebut, walaupun semasa berbuka puasa.

Lafaz niat puasa Ramadan:

http://www.layarsukses.com/wp-content/uploads/2011/07/niat-puasa-300x77.jpg

Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”

Doa Berbuka Puasa

Apabila telah masuk waktu berbuka puasa, maka hendaklah kita menyegerakan berbuka puasa dan berdoa kepada Allah.

http://www.layarsukses.com/wp-content/uploads/2011/07/doa-buka-puasa-300x83.png

Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Sama-samalah kita mengamalkan niat puasa ramadan ini supaya ibadat puasa yang kita lakukan tidak sia-sia. Jika niat puasa dilakukan dalam bahasa melayu atau apa sahaja bahasa yang kita faham pun boleh asalkan kita memahami niat puasa yang kita lakukan. Cuma jika niat dilakukan dalam bahasa arab kita boleh mendapat pahala kerana bahasa arab itu adalah bahasa Rasulullah S.A.W, bahasa Al Quran dan juga bahasa ahli syurga. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/Tarikh-Lihat-Anak-Bulan-Ramadan-Pada-Ahad.jpg

Comments