Ibrahim Ali
Oleh Hatri Asmawi
Saya sebagai seorang bekas pelajar UiTM, saya diberitahu ada anugerah Ibrahim Ali yang akan diberikan kepada pelajar cemerlang yang menikut kriteria yang diberikan oleh beliau. Sejumlah peruntukan disediakan untuk diberikan kepada pemegang anugerah ini.
Sebagai seorang alumni UiTM yang prihatin, saya amat tidak bersetuju jika anugerah ini diteruskan memandangkan latar belakang dan perjuangan Ibrahim Ali yang terlalu ekstrim, mementingkan bangsa tanpa memperdulikan sensitiviti kaum lain
Ini tidak melambangkan visi dan misi UiTM sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan pelajar-pelajar yang berbilang bangsa dan agama yang mementingkan muhibah sesama kaum dan sesama rakyat Malaysia.
Anugerah ini juga akan menyebabkan institusi UiTM akan dipandang serong oleh industri-industri domestik yang selama ini memandang tinggi graduan UiTM yang serba boleh dan berprestij tinggi. Sekiranya anugerah ini diberitakan, graduan UiTM lain akan menjadi mangsa kepada diskriminasi akibat dari Anugerah dari seorang rasis.
Oleh yang demikian, saya sebagai seorang alumni UiTM, sekali lagi ingin menegaskan satu usaha untuk menghalang anugerah ini dari diteruskan harus dilakukan. Saya berharap usaha yang keras perlu dilakukan untuk menghalang anugerah ini dari diteruskan.
Sekian, terima kasih.
Penulis adalah alumni UiTM
Herman: kami terima melalui email. Sekadar perkongsian ilmu.
Comments
Post a Comment