Konvokesyen UPSI: Antara Suka Dan Duka

July 08, 2011
http://blog.upsi.edu.my/heai/files/2010/09/konvo1_09.jpg

gambar hiasan

Salam lepas solat Jumaat. Kat Miri biasa-biasa saja keadaanya. Biasa la, ni kawasan majoriti orang bukan Islam kan. Tapi Alhamdulillah, agama Allah takan hilang di dunia ini.

Bagi yang belajar kat mana-mana institusi pengajian samada awam atau swasta. majlis konvo la yang dinantikan. Masa tu la kan kita dapat jumpa balik kawan-kawan yang telah lama berpisah. Dapat bertukar-tukar cerita dan pengalaman semasa mengajar di sekolah.

Saya sedikit terkilan kerana mungkin tidak dapat bersama dengan kawan-kawan nanti. Sepatutnya kami dikonvokan pada bulan April lepas, tak tau macam mana pihak Upsi menunda pada bulan Julai depan. Katanya salah satu sebab ditunda kerana masalah wang dan kos.

Kenapa UPSI boleh berkira dengan kami sedangkan segala hutang piutang semasa belajar dulu tidak pernah tertunggak?

Susah sangat ke untuk laksanakan majlis ini dengan jumlah batch kami yang sedikit ini?

Kenapa dan mengapa? hanya pihak yang terbabit saja tahu akan jawapan. Kita mana boleh lebih-lebihkan. Janji sekarang dah dapat kerja.


http://farm4.static.flickr.com/3492/3852681518_ec17368174_o.jpg

gambar hiasan

Saya pergi?

Untuk makluman kawan-kawan, saya tidak dapat hadir kerana jarak dan masa yang tidak mengizinkan. Bergembiralah dan bersyukurlah kepada kawa-kawanku yang berkesempatan nanti. Ambil lah peluang dengan sebaiknya. Sesungguhnya saya tidak pernah lupa akan kenangan pahit manis semasa belajar di UPSI dulu. Semoga Allah memanjangkan umur kita semua agar satu masa kita dapat berjumpa.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.


Nota kaki: buat kawan, sila rujuk link di bawah untuk sebarang pertanyaan dan maklumat yang berkaitan dengan konvo anda nanti. Salam

Istiadat Konvokesyen KETIGA BELAS (JULAI 2011)

Comments