Berbuka Hari Ke 2 #Puasa2

July 11, 2013


Alhamdulillah.

Selesai sudah untuk hari ke dua. Takda apa yang special pun rasanya nak dikongsi.

Tapi tu la, bila diperantauan ni semua perkara rasanya nak dikongsi. Lauk yang dibuat juadah petang ni simple sangat.

Saya goreng ayam celup tepung je lepas tu sababat gireng ikan. Din juga ada la buat ikan sardin buat kuah.

Setakat ni tak pergi kat bazar ramadan pun lagi. Rasa perit sebab tahun lepas bila ke bazar ramadan, tak da apa pun yang menarik.

Hok sedak balik masak nasi lauk dengan budu. Lagi nyakut rasanya kat mulut.

Gambar kat atas tu, aktiviti lepas terawih. Geng ni layan game bola. Hilang la bosan kan.

Insya allah malam esok akan berada di negeri tercinta, kelantan.

Comments