Bonus: CUEPACS mohon dua setengah bulan

July 09, 2013

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIfqJ0XA4xogug_O91IEAldfksYQUJFoi55oBDfVU1FU1qAn20qFN9IEBvNYZHkyDSYwxKuBjnMt6egSxy1A2mDL6Z0x5fIsb4dzeRcgQG_Op3uAuK2IRgWIyhmDDX5kgGUYJE1E_GEks/s288/1372039800307.jpeg

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

"Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

"Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya. - Bernama

Comments