Alkisah Jurugambar Dan Model Di Majlis Berbuka

July 19, 2013

Alhamdulillah, semalam kami dapat berbuka di salah sebuah hotel kat miri ni. Tak ramai yang hadir tapi boleh dikatakan kami semua gembira dan berpuas hati.

Geng yang datang ni pun kira meriah. Kalau korang tengok gambar makanan yang ada di atas meja kami, rasanya korang akan agak ada dalam 30 orang kan hehehe...

Makanan dan harga yang disediakan memang berpatutan dan nyaman kata orang sarawak. Pelbagai juadah dari pembasuh mulut sampai la ke makanan berat yang disediakan semuanya sedap dan ada rasa.

Kat atas tu gambar curi jurugambar dan model yang bergaya sakan. Demo ambik gambar kawe, kawe ambik gambar demo.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Comments