KEMATIAN YANG DICEMBURUI

June 08, 2018

KEMATIAN YANG DICEMBURUI   😭😭😭 

انا لله وانا اليه راجعون  


Beliau rebah betul-betul di depan maqam Baginda Rasulullah saw di Masjid Nabawi. 


Allahyarham berasal kuala kangsar dan menetap di Dengkil. Seorang yang banyak berkhidmat pada alim ulama, para masyaikh, madrasah Al-Quran dan buat kerja usaha atas iman. Semua orang yang beliau santuni dicintai oleh Allah SWT.

Menurut sahabat yang bersama-sama beliau di Madinah, Badrul telah melakukan solat tahajud di dalam bilik, kemudian bersolat subuh berjemaah di Masjid Nabawi dan terus dijemput oleh Allah SWT pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.


Seorang tinggi akhlak dan suka khidmat. Allahu. Sedih dengan kehilangan arwah, dalam masa sama rasa cemburu dengan kemuliaan tempat dan masa kembalinya bertemu Allah.


Mati di dalam Masjid Nabawi dan akan disemadikan di Jannatul Baqi’, Madinah. Semoga jadi asbab hidayah di seluruh alam. Insha Allah. 


Tanda-tanda husnul khatimah..

1) Meninggal di Dlm Masjid Nabawi.

2) Dihadapan Maqam Rasulullah Saw.

3) Sedang Berpuasa.

4) Sedang Safar Umrah.

5) Malam jumaat.

6) Bulan Ramadhan dan 10 akhir.


أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار


"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah RahmatMu, sejahtera dan maafkanlah dia."

Satu pengakhiran hidup yang patut kita cemburui. Masyaallah

Comments