AWASI MEDIA
Alhamdulillah kemelut pelantikan AG selesai dengan perkenan SPB YD Agong terhadap cadangan kerajaan. Dengan itu Mr Tommy Thomas akan menjadi AG. Bagi saya ini adalah kemenangan rakyat dan kekalahan puak yang mengadu domba. Padan muka.
Apa yang saya nak utarakan di sini adalah peranan media, khususnya media sosial mutakhir ini. Saya perhatikan selepas PRU14, media sosial telah digunakan oleh beberapa puak dalam masyarakat kita.
Pertama, puak yang suka mengadu domba. Saya pun tak pasti apa kena dengan puak ini. Entah apa yang merasuk mereka sehingga apa sahaja yang nak dilakukan oleh kerajaan rakyat ini salah belaka. Puak ini akan cari salah kerajaan. Kalau tak ada salah pun mereka akan cipta kesalahan. Mereka sengaja beri maklumat yang tak betul. Mereka mengapi-apikan sentimen bangsa dan agama. Mungkin mereka harap akan berlaku kacau-bilau dalam negara dan rakyat akan bangun menentang kerajaan Tun M ini. Umpamanya dalam kes pelantikan AG mereka sengaja bangkitkan isu AG baharu ni bukan Islam dan bukan Melayu. Saya yakin mereka tak faham pun tentang institusi AG ini dalam konteks negara kita. Tapi yang mustahak bagi mereka bakarkan kemarahan rakyat. Begitu juga dalam kes JAKIM. PM tak sebut pun nak tutup JAKIM. Tapi mereka bangkitkan isu kononnya PM nak tutup JAKIM supaya orang Islam marah kpd PM dan kerajaan. Mujur juga Allah tak izinkan jarum mereka menusuk pemikiran rakyat Malaysia. Tapi kita kena hati-hati dengan puak pengadu domba yang berniat jahat ini. Jangan percayakan puak ini malah 'unfriend' saja mereka. Tak ada manfaatnya pun.
Kedua, puak yang berlagak tahu. Puak ni sebenarnya tak tahu dan tak faham isu tetapi berlagak tahu. Umpamanya dalam kes pelantikan AG baharu ini. Puak ini kononnya mengatakan dalam perlembagaan dinyatakan kena lantik orang Melayu / Islam sebagai AG. Padahal tak pernah ada pun peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan. Saya tak pasti perlembagaan mana yang mereka rujuk. Bagi saya puak ni tak pernah baca pun perlembagaan. Biasanya puak ini bukanlah jenis yang suka mengkaji dan membaca. Mereka hanya petik sepotong dua ayat daripada Facebook dan Wikipedia kemudian ditularkan kononnya merekalah pakar perlembagaan. Padahal buku tentang Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang kita pun mereka tak pernah sentuh. Posting daripada puak ini juga sepatutnya jangan kita percaya. Ianya sesat lagi menyesatkan. Jika kita dapat posting daripada puak ini, eloklah kita selidiki daripada sumber sebenar yang berwibawa. Rajin-rajinlah membaca supaya tidak terkeliru dengan maklumat tidak tepat daripada puak yang memandai-mandai ini, tidak kira dalam aspek apa juga sama ada politik, perundangan, ekonomi, sosial, malah agama sekali pun.
Ketiga, puak tukang tular. Puak ini lagi pelik. Mereka memang tak faham apa-apa mengenai isu yang dipostkan di media sosial ni. Malah kadang-kadang mereka tak baca habis pun sesuatu post itu. Tetapi mereka sangat teruja dan terus 'share'. Ada kalanya mereka 'copy n paste' posting dan ditularkan kepada pihak lain. Kerja mereka sebagai tukang hebah dan heboh, tanpa memahami duduk perkara sebenar. Puak ini hanya sekadar menyemak media sosial sahaja.
Jadi sepanjang pengamatan saya inilah tiga puak dalam media sosial yang perlu kita awasi. Lihatlah apa yang mereka tularkan dengan penuh waham. Sebaiknya selidiki maklumat yang kita peroleh daripada puak-puak ini. Jadilah pengguna media yang bertanggungjawab dan bijak, demi keharmonian Malaysia baharu yang kita cintai. In sha Allah, kejayaan akan bersama kita.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1421454917998420&id=100004017750783
Comments
Post a Comment