Rasa suko tengok sanak saudara dan sahabat handai, ada rumah dan mereka buat jamuan panggil tetamu datang rumah makan.
Mereka kata takpo habis modal, rezeki Allah tambah lagi. Tengok tetamu happy.
Buat jamuan ikut kemampuan dan sederhana. Tidak semestinya semua mewah dan hebat.
Bak kata seorang penceramah, kedekut dengan cermat, banyak beza. Cermat, simpanan pun ada. Kedekut pun simpanan pun ada, tapi rasa kepuasan tidak ada.
Hanya berbangga dengan simpanan wang sahaja.
Ada yang sampai 2 kali simpan duit di bank, bangga simpanan berpuluh puluh bahkan beratus ratus ribu, tapi sayang rumah berkunci dari tetamu.
Ya Allah, jauhkan diriku serta keluarga ku dari aifar bakhil dan kedekut.
Tambahkan rezeki keluarga kami.
Terima kasih ucapkan kepada semua yang jemput kami ke rumah, ada yang sempat dan ada yang tidak sempat disebakan oleh kesesakan jalan raya. Kita doakan anda semua dimurahkan rezeki.
وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ
“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan Menggantinya.” (QS.Saba’:39
Comments
Post a Comment