Hari Rabu Hari Aktiviti KoKo :)

Bismillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama rasanya tak update blog ni. Ada sedikit habuk kat dalamnya hehe.. Padahal guna handphone ni je pun boleh nak update, tapi kalau dah mai penyakit malas, korang faham-faham la kan.

Minggu lepas dok sibuk pasal perkhemahan Kem Cakna SMK Riam untuk 2012. Letih juga la tapi masih lagi enjoy bersama dengan guru dan pelajar lain. Harap pelajar mendapat kesan yang positif la kan. Kalau tak penat-penat je la kan sekolah anjur.

Sekejap saja pejam celik pejam celik dah nak habis minggu ni. 2 minggu depan pelajar dan mula ujian untum penggal pertama. Soalan yang saya kena buat dah dibereskan, cuma tak klip lagi la. Tunggu masa yang sesuai.

Ok la, plan Jumaat ni nak pergi main bowling dengan kawan-kawan. Moga-moga jadi.

Salam.

Comments