Solat Jenazah Ustaz Din Di Hospital Miri

June 30, 2012

Alhamdulillah. Pagi ni sempat menunaikan solat jenazah Ustaz Din, seorang guru di Subis.

Meninggal pada hari Khamis disebabkan kemalangan antara kereta Hilux dengan motosikal. Polis yang buat kerja lembab menyebabkan jenazah mengambil masa yang lama untuk dihantar pulang ke kampung.

Isteri Allahyarham datang dari Pulau Pinang lagi. Amat sedih kerana isteri jenazah sedang mengandung.

Ramai yang hadir di hospital tadi terutama sahabat-sahabat kalangan guru.

Semoga roh arwah di tempatkan bersama orang yang beriman. Diharap juga pihak polis tolong sensitif isu ini. Permudahkan lah kerja kalau ia hanya melibatkan birokrasi.

Mari sedekahkan Al Fatihah.

Comments