SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA
Kemuliaan kerjaya seorang jururawat tertakluk bagaimana seseorang itu mentakrifkan nilai kemuliaan tersebut.
Ada yang melihat kesanggupan jururawat yang kerjanya bergelumang dengan najis, nanah dan darah pesakit sebagai satu kemuliaan.
Ada yang membayangkan kesabaran seorang jururawat berjaga malam semata-mata untuk memastikan keadaan pesakit sentiasa stabil sebagai satu kemuliaan. Tidak kurang juga, ada yang membayangkan jururawat yang terpaksa meredah hutan belantara untuk memberi khidmat perawatan kepada komuniti terpencil sebagai satu kemuliaan.
Ada banyak lagi episod-episod kemuliaan seorang jururawat yang terakam baik di wad hospital, klinik, pusat jagaan mahupun di pusat-pusat kesihatan yang letaknya jauh nun di pedalaman.
Semua bekerja atas ikrar seorang jururawat yang akan memberikan khidmat terbaik untuk kesembuhan seorang pesakit.
#bahagiandakwah
Comments
Post a Comment