Tahniah Buat Skuad Kelantan!

Juara Piala Malaysia Kelantan julang Sumbangsih
SHAH ALAM, 29 Jan — Juara Piala Malaysia 2010 Kelantan memenangi pertemuan sumbangsih untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah malam ini.

Kelantan membawa pulang piala itu menerusi pertemuan julung kali baginya dengan mengatasi Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam.

Ini kali pertama Kelantan menguasai piala itu yang diperkenalkan 26 tahun lalu dan muncul pasukan ke-13 memenangi gelaran tersebut.

Perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah yang lazimnya juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih diadakan sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini, melibatkan Selangor, selaku penyandang juara Liga Super 2010 dan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia musim lalu.



tahniah buat pemain dan pengurusan pasukan kelantan, saya berdebar-debar tengok tadi. malam ni tengok game ni bersama keluarga, adik beradik yang baru je balik.

huhuhu...sampai terlompat-lompat kami kat rumah hahaha.. time rehat mak pulak goreng keropok lekor, ermmm lagi la menambah kehangatan perlawanan malam ni.

tahniah beb. gomo kelate gomo!

Comments