Ratu Cantik Nyah | Miss Malaysia 2010. Kenapa Nama Negeri Dirahsiakan?

http://www.hmetro.com.my/articles/Alasanbuatkerjaamal/pix_middle



KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.

Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.

Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.

Sumber


Kalau benda ni jadi kat Kelantan, saya rasa memang nama negeri tak sensor dah. Siap tajuk utama lagi kan? huhuhu.... Dunia oh dunia

Comments