Barcalona Malukan Real Madrid Lagi. Cayalah!

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/402026_10150538530919883_87363369882_8562185_1929923174_n.jpg

Para pemain Barcelona meraikan gol jaringan Eric Abidal sekaligus merupakan jaringan kemenangan Barcelona yang sekali lagi menumpaskan Real Madrid.

Meskipun Real di depan menerusi pemain terbaik mereka, Cristiano Ronaldo seawal minit ke-11, Barca menggandakan asakan dan memperolehi gol menerusi Carles Puyol minit ke-49 dan Abidal minit ke-77.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/401441_10150538521394883_87363369882_8562164_1524155319_n.jpg

SANTIAGO BERNABEU -- ASAK.. Xabi Alonso pemain Real Madrid mengasak Sergio Busquets pemain Barcelona dalam perlawanan suku akhir Copa Del Rey awal pagi tadi.

Barcelona menang di tempat lawan dengan keputusan jaringan 2-1. Real Madrid mendahului gol hasil jaringan daripada Cristiano Ronaldo pada minit ke-11. Carlos Puyol pertahanan Barcelona menyamakan kedudukan pada minit ke-49 dan gol kemenangan Barcelona dijaringkan oleh Eric Abidal menewaskan Ilker Cassilas setelah mendapat hantaran cantik dari Lionel Messi.

Perlawanan timbal balik antara Barcelona dan Real Madrid dijadualkan pada 26 Januari 2012 di Stadium Camp Nou.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LAIN:
Espanyol 3-2 Merandes
Athletic Club 2-0 Real Malorca

Valencia lawan Levante dijadualkan pada 20 Januari 2012

Comments