Biar Mimpi Sampai ke Bintang

July 29, 2012
http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2011/11/316985_240503922672626_100001390613430_702738_334834298_n.jpg


Lirik Lagu Biar Sampai Ke Bintang – Asmidar

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Lagu: Biar Sampai Ke Bintang
Artist : Asmidar
Komposer : Ajai
Lyrics : Transformers Malaya

Sinopsis Biar Mimpi Sampai ke Bintang
Posted on 12/24/2011 by Admin · 1 Comment

Telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang membariskan pelakon utama Randy Pangalila dari Indonesia dan Nurul Elfira Loy dari Malaysia dan ditayangkan di Astro Ria bermula pada 22 Disember 2011 jam 9 malam.

Randy adalah seorang bintang muda yang bukan sahaja popular di Indonesia tetapi juga di Malaysia gara-gara sinetron Nada Cinta yang disiarkan di Astro Ria.

Sinopsis Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPM. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah (lakonan Sharifah Shahora), yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.

Andy Rasputra (Randy Pangalila) adalah seorang anak jutawan Hardiyanto Sasputra dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.

Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam (Didie Alias) . Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.

Turut menjayakan Mimpi Sampai Ke Bintang ialah adik lelaki Elfira iaitu Ezzrin Loy.

Biodata Randy Pangalila
Nama: Randy Dionysius Pangalila
Umur: 20 tahun
Tarikh lahir : 19 Oktober 1990
Drama: Alisha, Gue Banget, Cinta Kirana, Cinta Melody, Nada Cinta, I Love You, Cinta Fitri, Cinta Piano
Filem: Oh Baby, Kutukan Suster Ngesot, Saya Cinta, Bajingan, Pasangan Romantis, Tiga Cinta.

Biodata Elfira Loy
Nama: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
Umur: 17 tahun
Tarikh lahir: 8 Mac 1994
Asal: Kuala Lumpur
Iklan: Motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB dan Mamee Slurrp
Teater: Ali Baba, Ibu Zain 1 & 2
Drama/Telefilem: Chinta, Tentang Bulan The Series, Persis. Kak Long, Permata Hati, Qalesya, Persinggahan, Sanggar Cinta, Raudhah, Syurgamu Ramadhan, Waktu Rehat, Cinta Itu Buta, Air Mata Nursalina, Senja Permai, Kum Kum, Hani dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
Program TV: Berani Jadi Bos (Astro Ceria), Cuti-Cuti Famili (TV1), Selamat Pagi Putera Puteri musim 1 dan 2 (TV1), Shana & Nina, Kids n Cash (TV3)
Anugerah: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin (ASK)

Comments