Majlis Hari Keluarga PERAKAN Miri | Pantai Tanjong Lubang

May 21, 2012

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti yang berkualiti. Biasanya dok rumah dan rehat sambil tengok tv.

Semalam berlansung Majlis Hari Keluarga PERAKAN peringkat Miri 2012.

Apa itu PERAKAN? Ia adalah singkatan kepada Persatuan Anak-anak Kelantan Di Peratauan. Alhamdulillah, semalam majlis meriah dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, bola sepak, dan pelbagai lagi.

Pengunjung juga dihiburkan oleh pasukan dikir barat Tabuh Pusaka yang diketuai oleh Bro Azra. Semalam juga pengunjung amat teruja dengan kehadiran YB Abdul Fattah Mahmood merangkap Exco Belia Negeri Kelantan yang datang jauh semata-mata untuk program ini.

Orang yang paling gembira dengan kejayaan ini ialah pengerusi persatuan iaitu Abe Ise dan seluruh exco yang terlibat. Bab makanan tak leh nak komplen, memang komplit dan sedap. Terima kasih kepada Kak Nik yang bertanggungjawab soal hal ehwal makan minum.

Semoga kita dapat jumpa untuk lain masa. Allahuakhbar!

Comments