Ucapan Hari Guru Dari Pelajar | SMK Riam 2012

May 24, 2012

Sambutan hari guru sudah berlalu tetapi hari ni saya dapat sekeping kad ucapan.

Sebenarnya minggu lepas saya plan nak buat tugasan kad ucapan sempena hari guru dan ibu. Kiranya cantum sekali gus. Last minit plan ditukar kepada hanya buat kad untuk hari guru saja.

Kad yang dalam gambar tu adalah yang tercantik dan menarik sekali. Disulami pula dengan kata-kata yang menyentuh jiwa seorang guru.

Apa-apa pun saya sebagai seorang guru, saya mengajar dengan cara saya dan tak terikut dengan cara dam rentak orang lain. Kita sedar apa yang termampu dan hok mana kita dapat buat.

Terima kasih buat anak didik. Insya allah guru-guru akan buat yang terbaik dari masa ke semasa yang mendatang.

Comments