Muhammad Muizzuddin Arsyad Bin Mohd Herman

May 10, 2013
















Assalamualaikum. Rasanya lama tak membuka dan membuat coretan dalam blog ni.

Alhamdulillah, minggu lepas pada tarikh 29 April 2013, isteri tersayang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Syukur kerana anak dan isteri selamat dan sihat.

Berat bayi mengikut dalam surat doktor ialah 3kg dan panjangnya saya lupa. Tapi dalam tu ditulis dengan lengkap la.

Oleh sebab isteri bersalin melalui kaedah pembedahan, jadi dia dok lama sikit dalam hospital. Lebih kurang 5 hari juga la isteri dok sana.

Nama yang saya letak pada anak ialah seperti mana tajuk di atas. Biar la panjang pun, nak maksud yang baik kan.

Nak jadi ayah muda ni bukan senang. Banyak benda yang kita kena buat dan pelajari. Benda tu la saya dan isteri pakat-pakat tolong menolong dan berbincang.

Malam ni diadakan majlis cukur jambul dan belah mulut. Tahnik la kalau dalam bahasa luarnya. Tapi sayang la, si ayah dok di sarawak. Moga-moga semuanya berjalan lancar. Terima kasih isteri dan ahli keluarga yang lain.

Comments