2 Hari Berperang Dengan Kerja Kursus PSV SPM

July 25, 2013






Penat!

Tapi itu lah pengorbanan yang guru dapat bagi kepada pelajarnya. Dah 2 minngu saya berperang pasal kerja kursus ni dengan pelajar.

Ada yang pelbagai alasan nak boleh mulakan kerja ni. Mata pelajaran PSV spm ni bukan susah sangat pun. Janji pelajar tu buat dan hantar folio dan produk yang diperlukan.

Hari ni saya tak tidur lagi dari pukul 9 semalam ni. Siapkan kerja tugasan yang pelajar special kes, kemaskan folio dia dan last sekali isi markah dalam borang.

Petang semalam siap pergi kat rumah pelajar lagi semata-mata nak ambil folio. Pelajar bila minta benda tu siap buat selamba lagi. Macam-macam alasan la bila last time macam ni.

Terasa rugi mengajar pelajar selama 2 tahun kalau akhir tahun pelajar tu tak layak untuk ambil spm subjek psv. Memang takda guna lansung.

Bersabar dan semoga pelajar berjaya dengan cemerlang.

Comments