Kaedah Tafsir Al Quran Mengikut Tartib #pray4mh370



Kaedah tafsir Al-Quran hendaklah berasaskan kepada tartib berikut :
1. Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran
2. Tafsir Al-Quran dengan hadith
3. Tafsir Al-Quran dengan pandangan sahabat
4. Tafsir Al-Quran dengan bahasa Arab itu sendiri.

Adapun mengaitkan ayat Al-Quran dengan mana-mana peristiwa berdasarkan nombor-nombor ayat dan sebagainya adalah tertolak. Ini ditambah lagi dengan penomboran ayat-ayat itu pun ada yang tidak mutlak dan khilaf di kalangan ulama qurra'.

Jika dibenarkan tafsir Al-Quran dengan mengaitkan keadaan semasa berasaskan nombor-nombor, ia akan membuka pintu kepada semua pihak menafsirkan Al-Quran memgikut peristiwa yang dirasakannya besar.

Entah-entah jika (contoh) ada artis yang disahkan mengandung pada 6 Mac, terus ditafsirkan dengan halaman al-Quran 603. Tambah-tambah jika artis bernama (contoh) TA, ditafsir pula halaman itu ada surah Al-Masad yang bermula dengan huruf TA. Maka semakin penatlah kita membaca tafsir-tafsir moden ini.

Comments