Selamat Ulang Tahun Kelahiran Muiz





















Masih teringat lagi detik bagaimana isteri tercinta hendak bersalin.

Kami berbincang untuk letak nama apa pada anak lelaki kami. Ada dalam 5 pilihan juga la. Isteri serah kepada saya untuk pilih sebab anak lelaki.

Tanggal 29.4.2013 lahirlah putera sulung kami. Terasa air mata jatuh dari kelopak mata apabila melihat dia bergerak-gerak di tepi badan isteri.

Alhamdulillah, anak dan isteri sihat. Isteri masih lagi rasa pening sebabkan ubat bius yang doktor cucuk.

Masa tu saya tergetar-getar, tersilap antara nak azan atau iqamat. Selepas tu baru gementar tu hilang. Termenung seketika memikirkan nikmat dan rezeki di depan mata yang allah beri kepada kami selepas tahun pertama perkahwinan.

Muhammad Muizzuddin Arsyad Bin Mohd Herman. Abi dan ummi serta ahli keluarga lain doakan awak menjadi anak yang soleh, penyejuk hati dan jiwa kami berdua. Walaupun allah takdirkan abi berada jauh dengan awak, percaya lah sayang, abi sangat sayang dan rindukan awak muiz.

Terima kasih kepada isteri tercinta yang banyak bersusah payah menjaga anak berseorangan di sana. Insya allah, ada rezeki kita akan duduk semakin dekat nanti.

-maaf, tulisan ni sedikit emosional-

Comments