Nabi sallallahalaihwasallam Lahir Telah Berkhitan?



Muhamad Rozaimi

[Nabi sallallahalaihwasallam Lahir Telah Berkhitan?]

Dalam thesis saya telah dibincangkan tentang status hadis Nabi sallallahalaihwasallam dilahirkan telah siap berkhitan.

Kesimpulannya tidak ada hadis sahih dalam isu ini walaupun sebahagian ulama sirah menyatakan demikian. Riwayat hadis ini sebahagiannya palsu, ada yang matruk, ada yang munkar dan ada yang daif.

Bahkan kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa lahir dalam keadaan sudah berkhitan bukanlah keistimewaan kerana terdapat orang di zaman dahulu dilahirkan dalam keadaan begitu.

Bahkan ada penyair arab yang mengutuk maharaja Rom yang lahir dalam keadaan begitu kerana ia dianggap cacat. Nabi kita sempurna dan tidak cacat. Maka pandangan yang tepat ialah hadis ini daif.

Wallahua'lam.

Comments