Hanya ada satu Sifu yang mengajar saya tentang 'bahasa lelaki.'



Oleh: Azzah Abdul Rahman

Hanya ada satu Sifu yang mengajar saya tentang 'bahasa lelaki.'

Bukan bahasa tubuh, bukan bahasa cinta.
Tetapi bahasa yang digunakan oleh lelaki, dan bezanya dengan bahasa yang digunakan oleh perempuan.

Pada suatu pesta buku, beliau mengajak saya duduk makan di sebuah meja yang ada dua lelaki dewasa. Saya sangka, beliau kenal lelaki-lelaki itu.

Rupanya tidak.

Sebaik duduk, beliau berbisik kepada saya, "Cikpuan dengar apa dan bagaimana lelaki-lelaki berbual."

Barulah saya perasan yang bezanya begitu jauh berbanding apa yang perempuan-perempuan bualkan, dan perkataan yang digunakan juga berbeza.

Dua lelaki itu bukanlah kawan mahupun kenalan. Mereka duduk di situ menunggu isteri dan anak-anak yang sibuk membeli buku.

Tidak ada perbualan tentang anak berapa, asal mana, dah kahwin ke belum, dan soalan mak cik-mak cik yang lain.

Mereka tanpa memperkenalkan latar belakang keluarga, umur, dan akademik, terus berbual tentang projek-projek, ekonomi, dan topik-topik yang amat jarang perempuan-perempuan yang baru pertama kali bertemu bualkan.

Boleh jadi disebabkan sifat fitrah lelaki adalah pemimpin, jadi pemilihan perkataan juga firm.

Tidak ada;

"Saya rasa...."

"Saya rasalah kan...."

"..., kan?"

"..., kot?"

Semuanya dituturkan dengan firm. Confident. Walau betul ataupun tidaknya, tidak pasti.

Banyak saya belajar.

Daripada itu juga saya nampak kelemahan banyak penulis perempuan, apabila menulis dialog untuk watak lelaki. Ditulis serupa dia bercakap. Lain macam jadinya.

Bahasa lelaki bukanlah khusus digunakan oleh lelaki sahaja dan perempuan haram menggunakannya.

Dan bukan juga semua lelaki bercakap guna bahasa lelaki.

Hanya apabila bercakap tentang kemahiran mempengaruhi orang, maka bahasa lelaki yang perlu digunakan.

Perhatikan perempuan-perempuan berpengaruh di seluruh dunia. Dengar gaya mereka bercakap dan perkataan apa yang dipilih untuk dilontarkan.

To influence people, you have to be firm.

Be firm.

Comments