Malaysia Raih Emas Pertama, Apa Itu Sukan Chinlone?



Pasukan Malaysia telah meraih kilauan emas sulung pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini menerusi acara Chinlone Linking.

Pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Titiwangsa, skuad chinlone negara yang diketuai Muhammad Faiz Roslan telah berjaya mengumpul 391 mata menewaskan Filipina yang mengutip 271 mata.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya sukan Chinlone ini?

Chinlone merupakan sukan yang berasal dari Myanmar dan mula diperkenalkan di Sukan SEA Myanmar pada tahun 2013.

Berikut adalah informasi berkenaan sukan ini yang juga dipertandingkan di KL2017.

1. Chinlone merupakan sukan tradisional yang dimainkan di Myanmar.

2. Chinlone merupakan gabungan sukan dan tarian.

3. Chinlone memerlukan kemahiran pemain untuk menimbang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori.

4. Chinlone dimainkan seramai enam orang satu pasukan di dalam bulatan.

5.  Ia menggunakan bola takraw yang bersaiz lebih besar.

6. Kiraan matanya pula menerusi setiap timbangan sempurna oleh setiap pemain dalam masa 10 minit.

7. Terdapat empat kategori dipertandingkan non-repetition event (primary), same stroke event, linking event dan non-repetition event (secondary).

8. Myanmar merupakan kuasa besar dalam sukan Chinlone tetapi negara tersebut tidak menyertai acara ini dalam Sukan SEA 2017.

9. Chinlone buat pertama kali diperkenalkan dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar.

10. Myanmar berjaya merangkul enam pingat emas ketika sukan itu pertama kali diperkenalkan di Sukan SEA 2013.

Sumber: Astro Awani
Foto Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia

Comments