10 Perkara Menarik Tentang Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah



Oleh Bukhari Malek  •  Dunia  •  September 11, 2017

Al-Fatihah. Hari ini bersamaan 11 September 2017 menjadi hari yang sangat menyedihkan untuk seluruh rakyat Malaysia. Mangkatnya Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah pada usia 89 tahun, satu-satunya raja Melayu yang dilantik menjadi Agong sehingga 2 kali. Mengimbau semula kenangan bersama, mari kita ketahui 10 perkara menarik tentang Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mungkin tidak disedari umum.

1. Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah merupakan Sultan kedah yang ke-27 dan telah memerintah selama 59 tahun sejak dilantik pada tahun 1958.

2. Dilantik menjadi yang Di-Pertuan Agong Malaysia sebanyak 2 kali. Menjadi yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan ke-14 pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016 hingga menerima pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records pada tahun 2012

3. Sultan Abdul Halim tidak menjadikan istana persema­yaman baginda sebagai pe­jabat sebaliknya akan berangkat ke pejabat rasmi di Wisma Darul Aman untuk menjalankan tanggungjawab bagi meneliti perkara-perkara yang memerlukan perhatian baginda. Jadual baginda seperti mereka yang bekerja di pejabat juga. Berangkat ke pejabat di awal pagi dan berangkat pulang ke istana untuk berehat pada waktu tengah hari.

4. Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.

5. Anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

6. Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.

7. Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Shafinaz.

8. Baginda pernah berkahwin pada awal remaja iaitu sekitar 1945 bersama orang kebanyakan.

9. Baginda ialah sultan ketiga yang paling lama memerintah di ­negeri ini selepas Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II dan nenda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah

10. Baginda ialah Sultan Kedah kedua yang mengikuti upaca­ra pertabalan secara rasmi bertempat di Balai Besar Negeri, Alor Setar pada 20 Februari 1959 selepas Sultan Ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang juga dikenali sebagai Almarhum Melaka berbuat demikian pada 1904.

Comments