SURAH AL FATIHAH SEBAGAI ANTIBIOTIK?
Soalan
Boleh percaya ke mengamalkan surah Al Fatihah ketika demam menggantikan antibiotik? Saya terbaca satu kaedah perubatan Islam oleh seorang pendakwah terkenal. Boleh ke?
Jawapan
Al Quran adalah penyembuh kepada penyakit. Terdapat ayat-ayat ruqyah dalam Al Quran boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu dengan izin Allah SWT. Ini termasuklah surah Al Fatihah, yang nama lainnya adalah surah Ar-ruqyah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadits Abu Sa’id Al Khudri berikut ini,
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانُوا فى سَفَرٍ فَمَرُّوا بِحَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ فَلَمْ يُضِيفُوهُمْ. فَقَالُوا لَهُمْ هَلْ فِيكُمْ رَاقٍ فَإِنَّ سَيِّدَ الْحَىِّ لَدِيغٌ أَوْ مُصَابٌ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ نَعَمْ فَأَتَاهُ فَرَقَاهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَبَرَأَ الرَّجُلُ فَأُعْطِىَ قَطِيعًا مِنْ غَنَمٍ فَأَبَى أَنْ يَقْبَلَهَا. وَقَالَ حَتَّى أَذْكُرَ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-. فَأَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ. فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ مَا رَقَيْتُ إِلاَّ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ. فَتَبَسَّمَ وَقَالَ « وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ». ثُمَّ قَالَ « خُذُوا مِنْهُمْ وَاضْرِبُوا لِى بِسَهْمٍ مَعَكُمْ »
Dari Abu Sa’id Al Khudri, bahwa ada sekelompok sahabat Rasulullah -SAW- dahulu berada dalam perjalanan jauh, lalu melewati suatu kampung Arab. Kala itu, mereka meminta untuk dijamu, namun penduduk kampung tersebut enggan untuk menjamu. Penduduk kampung tersebut lantas berkata pada para sahabat yang hadir, “Apakah di antara kalian ada yang boleh meruqyah (melakukan perubatan dengan membaca ayat-ayat Al Qur’an, -pen) karena pembesar kampung tersebut tersengat binatang atau terserang demam.” Di antara para sahabat lantas berkata, “Ya ada.” Lalu ia pun mendatangi pembesar tersebut dan ia meruqyahnya dengan membaca surat Al Fatihah. Akhirnya, pembesar tersebut sembuh. Lalu yang membacakan ruqyah tadi diberikan seekor kambing, namun ia enggan menerimanya -dan disebutkan-, ia mau menerima sampai kisah tadi diceritakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu ia mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menceritakan kisahnya tadi pada beliau. Ia berkata, “Wahai Rasulullah, aku tidaklah meruqyah kecuali dengan membaca surat Al Fatihah.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas tersenyum dan berkata, “Bagaimana engkau boleh tahu Al Fatihah adalah ruqyah (artinya: boleh digunakan untuk meruqyah, -pen)?” Beliau pun bersabda, “Ambil kambing tersebut dari mereka dan potongkan untukku sebagiannya bersama kalian.” (HR. Bukhari no. 5736 dan Muslim no. 2201) [1].
Kaedah berubat dengan ruqyah ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, dengan syarat yakin dan niat yang tulus ikhlas.
Cuma meletakkan terma antibiotik kepada surah al fatihah itu tidak bertepatan. Antibiotik adalah ubat yang membunuh kuman. Tindak balasnya spesifik kepada kuman-kuman yang tertentu, bergantung kepada jenis antibiotik dan jenis kuman yang menyerang manusia. Tidak menjadi kesalahan meruqyah seseorang dengan bacaan al fatihah. Tetapi menganggap dan mendakwa al fatihah itu sebagai antibiotik boleh menyebabkan pesakit keliru. lebih merisaukan lagi, menggantikan air ruqyah itu dengan ubat spesifik yang diberikan.
Antibiotik yang doktor beri pun berdasarkan kriteria yang khusus. Tidak semua penyakit wajib diberikan antibiotik. Contohnya kuman Tuberkulosis yang menjangkiti manusia, antibiotik bernama Isonaizid, Rifampisin, Pyrazinamide dan/atau Streptomicin/Ethambutol diberikan dalam sela tempoh yang tertentu. Jika ingin diruqyahkan al fatihah atau apa sahaja bacaan ruqyah lain, silakan. Tetapi jangan sesekali meninggalkan makan antibiotik yang diberikan itu mengikut dos dan kekerapan yang diarahkan oleh doktor.
Semoga pesanan ringkas dari suhazeli.com kali ini tidak meyebabkan masyarakat salah faham berkaitan berubat, keadah beruba tdan penyembuhan dari sesatu penyakit.
Sekian
fb.com/drsuhazeli
28.12.2017
Ketengah Jaya
Sumber:
[1] Fadilah-fadilah Surah al Fatihah. https://rumaysho.com/3228-faedah-2-surat-al-fatihah.html
Comments
Post a Comment