Tentera Yang Tidak Pernah Kalah
.
Bumi al-Quds yang penuh diberkati dengan para pejuang yang bersatu hati melawan kezaliman Zionist laknatullah. Mereka ini adalah freedom fighter yang tidak dibayar gaji, tidak punya harta tetapi kaya jiwa.
.
Apa yang lebih mengagumkan, di sebalik kekuatan tentera Zionist yang serba lengkap bersenjata, kereta kebal moden, jet pejuang yang hebat malah senjata nuklear sekalipun tidak mampu menawan Gaza yang dikuasai pejuang al-Qassam. Malah Israel menanggung malu atas kekalahan dalam perang 2014 dikenali sebagai Perang 'Ashful Ma'kul (Perang Daun-Daun Yang Berguguran) yang menjadi kemenangan epic bagi pihak HAMAS.
.
Semangat para pejuang Palestin adalah dahsyat, biar ditekan dikepung segenap penjuru, mereka tidak pernah kalah malah mampu mencipta kemenangan yang luarbiasa.
.
Jom kita kenali kekuatan fraksi para pejuang Palestin yang hebat ini lebih dekat secara ringkas :
.
Izz ad-Din al-Qassam Brigades (كتائب الشهيد عز الدين القسام) yang merupakan sayap ketenteraan HAMAS yang menguasai Gaza. Para mujahideen al Qassam kebanyakannya huffaz al quran dan sentiasa berqiyamullail. Dianugerahkan pelbagai kemenangan termasuk mempunyai senjata yang digeruni iaitu misil roket al Qassam dan drone pengintip yang berterbangan di area Israel.
.
Al-Quds Brigades.ps (سرايا القدس) atau Saraya Al Quds yang merupakan sayap ketenteraan Jihad Islami yang beroperasi di Tebing Barat (West Bank) selalu bergabung dengan al-Qassam dalam setiap peperangan melawan Zionist laknatullah. Para pejuang ini mempunyai pelbagai teknologi moden persenjataan seperti misil roket, sniper, bom termasuk pakar meletupkan kereta kebal Merkava Israel.
.
Al-Nasser Salah al-Deen Brigades (ألوية الناصر صلاح الدين) merupakan sayap ketenteraan Lijān al-Muqāwama al-Shaʿbiyya atau The Popular Resistance Committees (PRC) yang beroperasi di Gaza. Para pejuang brigade ini menggunakan nama sempena Salahuddin sebagai Pembebas Palestin dan menjadi terkenal kerana dapat menculik tentera IDF Corporal Gilad Shalit pada 2006 yang mengiktiraf kepakaran strategi mereka memalukan tentera Israel yang dikatakan mempunyai teknologi tracking satelit tercanggih dunia. Gilad Shalit telah dibebaskan pada 2011 dengan pertukaran tahanan palestin sebanyak 1,027 orang yang menjadi tanda kejayaan hebat para pejuang Palestin.
.
al-Aqsa Martyrs' Brigades (كتائب شهداء الأقصى) merupakan sayap ketenteraan FATAH yang beroperasi di Tebing Barat (West Bank) serta ditubuhkan oleh Yasser Arafat. Kebanyakan operasi brigade ini lebih kepada suicide bomb bagi membalaskan kezaliman Zionist terhadap keluarga mereka di Palestin. Pada tahun 2007 kebanyakan ahli brigades ini telah meletakkan senjata dan diserap di dalam Fatah Council bagi agenda politik rasmi Palestin.
.
Abu Ali Mustapha Brigades (كتائب ابو علي مصطفى) merupakan sayap ketenteraan PFLP yang beroperasi di Gaza, Tebing Barat & Timur Jerusalem. Asalnya ia dinamakan Red Eagles Brigades dan bersifat ideologi sosialis yang aktif memburu orang penting termasuk membunuh menteri luar negara Israel Meir Lixenberg pada Ogos 2001 kerana penempatan haram Israel di kawasan rumah Palestin yang dirobohkan. Bahkan termasuk General Rehavam Zeevi yang juga merangkap menteri Israel telah dibunuh pada October 2001 sepanjang Intifadha al Aqsa.
.
Kejayaan semua para pejuang freedom fighter Palestin ini memberi makna bahawa betapa mahalnya perjuangan daripada penjajahan dengan harga yang terpaksa dibayar dengan darah dan nyawa.
.
Namun begitu, inilah barisan tentera yang tidak pernah kalah dalam peperangan moden hari ini biarpun Israel telah melaungkan ibu negara Israel di BaitulMaqdis.
.
Moga kita rakyat Malaysia terus mendoakan kejayaan para pejuang Palestin serta membantu sedaya upaya untuk membebaskan seluruh Palestin daripada kezaliman Zionist laknatullah.
.
Artikel oleh Team Mastervengers (TM).
Comments
Post a Comment