Penangan Jersi Kelantan 2018
Tadi aku pergi ke kedai @Prestige Sports di Damansara sebab ada rakan aku cakap mereka akan jual jersi Kelantan hari ini.
Selepas melihat gambar jersi Kelantan di media sosial semalam aku berikan first impression yang baik tentang jersi ini.
Bertemu dengan wakil Lotto beliau tunjukkan suasana di Kelantan semalam. Penuh orang tunggu presentation jersi baru dan macam nak beli tiket final.
Mood itu diangkat terus dengan jersi yang lawa dan design yang menarik.
Dalam hati aku berkata, hebat Bibi Ramjani ni, daripada dituduh bakal pakai baju macam blause kepada jersi yang ramai vote sebagai the best buat masa ini.
Agak kelakar aku ingatkan musim lalu Kelantan sibuk dengan mitos jersi serap UV la, kuruskan badan la. Kali ini Bibi Ramjani tak perlu gunakan fantasi untuk hadiahkan fans Kelantan dengan jersi yang menarik.
Kredit juga kepada team Lotto dan designer yang aku tak tau siapa la. So aku generalize.
Tadi Prestige Sports hanya keluarkan 65 pieces hari pertama. Tak sangka dari pagi lagi dah ramai beratur nakkan jersi itu.
So siapa kata kalau leak tak boleh jual? fans akan hargai kalau benda cantik dan sebaiknya, fans akan ada rasa sayang lebih kuat kepada pasukan.
Aku tanya juga, betul ke cutting kali ini besar. Saiz S dah macam M.
Wakil penjual kata ya. Mungkin ia atas permintaan Puan Presiden. Aku tak pastilah. Sekarang ni semua nak slim fit punya cutting. Tapi rasanya boleh je korang bedal saiz SS dan kurangkan saiz tu.
Aku juga tanya sekarang ni fans Kelantan dan orang yang nak beli banyak share hanya pihak KAFA sahaja yang keluarkan order sekarang ni.
Prestige Sports jawab, ya betul. Dan jangan risau, Prestige Sports adalah pengeluar Lotto dan korang boleh je via mereka.
Ramai juga yang hampa tadi. Baju merah cepat benar habis. Dan isu saiz pun. Ada beberapa keluarga datang nak fans Issue.
Fans issue memang biasanya lambat nak keluar dan mereka akan keluarkan minggu ini.
Dan untuk Saiz, korang boleh je booking awal daripada Prestige Sports, PM diorang, ada contact diorang bagi di page tu.
Tapi memang aku kesian melihat ramai balik hampa tadi, sebab saiz S, M, L dah habis.
Ada yang tinggalkan contact untuk dapatkan baju tu sebaik sahaja stok masuk.
Apa yang aku dapat simpulkan, memang baju tu most wanted. Wakil Prestige Sports yakin jersi ini adalah tertinggi jualan dari segi kuantiti setakat ini.
Dari segi kualiti, korang dah boleh expect lotto macamana memang ok. Dari segi design pun ok la. Cuma ramai yang isukan saiz BMW kecik. Tapi itu just nice. Mungkin taun depan BMW boleh fikirkan isu saiz ini nanti. Sebab ia bukan masalah design, itu kena ikut standard identiti koporat BMW.
Baca penerangan itu di sini kepada sesiapa tanya, kenapa kecik wey..
https://www.facebook.com/ahmadyani.ismail.9/posts/571618839845967
Aku tadi nak bedal satu tapi tak ada saiz. Takpe, aku tunggu 3 Februari ni la. nanti aku nak buat sesi beramah mesra dengan korang la sekali.haha..
Putih tu personally pilihan utama aku.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1033409760144173&id=508338079318013
Comments
Post a Comment