Covid 19: Jangan sentuh muka kalau kita belum basuh tangan!

Jangan sentuh muka kalau kita belum basuh tangan!

Tahu tak, Covid 19 ini boleh hidup dekat mana-mana je. Contoh di meja, di kerusi. Malah ia kekal di sana selama beberapa hari. Dan kalau kita tersentuh meja atau kerusi, secara tak langsung kita akan terjangkit apabila tangan kita bersentuhan dengan mata, hidung dan mulut.

Macam mana virus ini boleh berada di kerusi dan meja? Sebab kita tak tahu mungkin ada orang yang telah dijangkiti bersin dan batuk seterusnya meninggal virus tersebut. Lebih parah lagi meja dan kerusi tersebut tak dibersih dengan betul!

Korang tau tak, ada seorang doktor ni bagitahu Lia, ada individu yang dijangkiti langsung tiada simptom demam, batuk dan selsema. Ini kerana meraka berada dalam incubation period (tempoh pengeraman).

Apakah itu #IncubationPeriod ? Ia adalah tempoh dimana masa pertama perumah (badan) terdedah kepada virus dan virus mengambil masa untuk berlipat ganda sehinggalah simptom pertama timbul. Dalam tempoh ini, walaupun sudah dijangkiti tetapi badan tidak menunjukkan apa-apa simptom. 

Daripada kes terjadi, incubation period Covid 19 adalah 14 hari dan ada yang sehingga sebulan. Ianya menakutkan sebab mereka ini boleh jadi penyebar virus dalam diam!

Jadi cara pencegahan yang paling berkesan adalah dengan kita kerapkan basuh tangan menggunakan sabun. Elakkan sentuh muka tanpa basuh tangan terlebih dahulu. 

Dengar macam mudahkan? Tapi tak semua orang boleh buat sebab kita ni dah terbiasa nak usik muka. Even kalau kita pakai mask, kita nak betulkan mask kita dekat muka pon kalau kita tak basuh tangan dulu, ianya boleh berjangkit juga!

Doktor ada pesan lagi,

Kalau kita sakit, pastikan kita berehat di rumah. Elakkan orang menziarahi kita. Kalau keadaan semakin teruk dan perlu keluar berjumpa dengan doktor, pastikan kita pakai mask supaya kita tak sebarkan virus itu kepada orang lain.

Dapat sesuatu?

Minta tolong sampaikan dan share berita dan info penting ni pada keluarga kita ye sebab mungkin masih ramai lagi yang belum tahu.

#Nota : Korang boleh follow Doktor Ahmad Samhan ni untuk tahu lebih lanjut lagi berkenaan Covid 19. Dia banyak kongsikan tips-tips kesihatan yang korang sendiri mungkin tak tahu pon selama ini. Memang sangat menarik!

Kredit : Nur Aliah Muhd Nor

#Covid19
#CoronaVirus

Comments