Dapat Mengajar Di Serawak

June 08, 2011
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQyW31fTmEQr_B9dkSPbBZEEM5tsXsq8nYPQuP3vBSLLGFkKKYC&t=1

Gambar Hiasan

Assalamualaikum semua. lama tak kemaskini blog ini deh, sibuk sokma la katakan hehe..

Minggu lepas merupakan minggu yang saya rasa bertuah, kerana berita yang dok tunggu-tunggu selama ni dah sampai. pong pong.. posman bagi hon, paham-paham la kan. surat sampai.

Dalam kepala ni dah agak dah. ni mesti dari surat kementerian pelajaran. bukan apa, dah kecoh pun geng-geng yang dah dapat surat panggilan orientasi penempatan guru sandaran terlatih.

Bila buka surat tu memang sah la seperti yang dinyatakan di atas. lepas tu ayat skema lain berbunyi

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk berkhidmat di SERAWAK


Ermmmm..... kena lapor diri dan kena hadir majlis orientasi kat Hotel Concorde Inn Sepang nanti.

Harap-harap la semua perancangan berjalan dengan lancar dan baik nanti.

Sekarang dalam proses kemskini apa-apa yang patut, lagi pun lambat lagi kan hehehe...

ok la. nanti sambung balik. nak tekuk air tebu dulu. bye.

Comments