Terengganu Bangkit Julang Piala FA, Kelantan Cicir Peluang Emas

June 12, 2011
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2k0LUqrgO67rj0z9wBmUEuaTUwf2LhgGkSiJRHVgSlH8B89Qflmw-GE0SUnUClMdV28KAyUp6vcl5IusnhyphenhyphenQyuRL5HSA4-u0tkLMN-kiRYm3GIhYR7KKPJ4POs00NjB-3RgPMS1lSaDzF/


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Terengganu yang bangkit pada minit-minit terakhir perlawanan di sebalik kesilapan negeri jiran Kelantan menjulang Piala FA buat kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Terengganu, juara kali pertama pada 2000, mengatasi Kelantan 2-1 pada waktu tambahan.

Negeri itu ketinggalan 0-1 sebelum mendapat nafas baru ekoran kesilapan Mohd Daudsu Jamaluddin yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-93, menyebabkan permainan dilanjutkan masa untuk menentukan juara.

Mohd Daudsu yang dilihat berhasrat untuk menanduk keluar bola telah menyebakan ia tersasar masuk gawang sendiri.

Terengganu menyumbat gol kemenangan menerusi Nordin Alias pada minit ke-109.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 yang hampir memberi peluang kepadannya membawa pulang Piala FA sejak ia diperkenalkan pada 1990.

Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 di tangan pasukan Selangor.

Dua perlawanan akhir sebelum ini ditentukan pemenang dengan sepakan penaliti.

Pada pertemuan malam ini, Terengganu berkesempatan menjaringkan banyak gol tetapi melepaskan beberapa peluang emas sehinggalah pada minit ke-93 menerima gol hasil pemain Kelantan.

Pengadil memberi masa tambahan selama empat minit.



herman: kecoh dah sebelum ni kata ada desas desus jual permainan? betul ke? harap khabar angin ni bohong. Apa-apa pun syabas dan tahniah buat pemain dan para pegawai pasukan terengganu. Kepada pasukan kelantan, teruskan perjuangan anda semua!

Comments