Sambutan Pengetua Baru Ke SMK Chabang Empat Tumpat

Saya telah tinggalkan sekolah ni hampir 1 tahun rasanya. Tapi tipu la kalau saya cakap yang sudah lupa kenangan pahit manis semasa bersama guru-guru dan para pelajarnya.

Dengan sikap ramah dan mudah baso mereka yang kebanyakan duduk kawasan tempat tinggal saya, hari ini sentiasa teringat. Saya mula praktikum Mei 2010 sampai la akhir Oktober tahun yang sama. Walaupun sekolah ni boleh dikatakan kawasan setempat, saya rasa berdebar untuk berdepan dengan guru-guru yang berpengalaman ni.

Bermula dari pengetua sekolah sampai la staf sokongan memang saya hormati dan tidak ada rendahnya diri ini.

Setiap kali ada perkembangan terkini yang dikemaskini melalui samada pelajar atau guru saya tidak ketinggalan untuk mengetahuinya. Untuk pengetahuan semua, majoriti guru-guru lelaki minat akan perkembangan bola sepak samada luar dan dalam negara. Ulasan dan kritikan setiap hari akan kedengar di meja kantin sekolah.

Mereka aktif dan bola sepak dan futsal. Boleh dikatakan 2 kali seminggu kami akan bermain samada kami yang cabar orang atau pun sebaliknya.

Ringkaskan cerita, saya ingin titipkan beberapa keping gambar sambutan pengetua baru ke SMK Chabang Empat, Tuan Haji Yaacob Bin Ismail, bekas pengetua SMK Berangan. Semoga Tuan Haji dan para guru serta staf terus maju membangunkan modal insan. Salam rindu dari MIRI.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/198627_243871032314080_100000735558512_818024_5493178_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/293914_243871575647359_100000735558512_818026_2013276_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/223668_243871828980667_100000735558512_818027_4103954_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/254651_243870142314169_100000735558512_818018_5087400_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/293024_243872068980643_100000735558512_818028_6482379_n.jpg

Comments