Apa Yang Ada Kat Sekitar Rumah Sewa Saya Di Miri?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Harap sahabat sihat sentiasa.

Hari ni cuti di sarawak sebab "Good Friday". Kepercayaan orang kristian mengikut sahabat kat sekolah.

Pagi ni sempat jogging sebelum hujan turun dengan lebat sekarang.

Sambil menikmati angin dan cuaca yang mendung tadi saya terfikir nak kongsi apa yang ada kat sekitar rumah sewa di miri ni.

Korang boleh tengik dalam gambar tu. Kat belakang rumah, tak tau la mungkin tuan rumah yang asal kot tanam kelapa. Dan sekarang kami yang dapat hasil. Rasa nak minum air kelapa je terus jolok. Hehehe...

Lepas tu kat rumah ni jugak banyak pokok serai. Hampir sekeliling la ada. Tambah pula bulan januari lepas saya sendiri tanam lebih kurang 20 lubang pokok serai. Sekarang alhamdulillah segar dan semakin besar.

Di bahagian tepi rumah pulak ada pokok lengkuas dan pokok pandan. Tu pun orang lama tinggal kat rumah ni yang tanam. Kami tolong jaga dan guna je la.

Walaupun dok miri sekalipun, saya masih minat cucuk tanam seperti kat kampung juga la. Walaupun hasilnya bukan kita je yang dapat, alhamdulillah kawan-kawan lain juga turut dapat rasa.

Ok la kawan. Hujan turun lebat. Korang faham la apa aktiviti yang sesuai kan masa cuti ni :).

Comments