Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Dan Mesyuarat PIBG SMK RIAM

Assalamualaikum

Hari ni hujung minggu tapi bagi saya yang kerja macam ni. Setiap masa adalah kerja.

Bermula pukul 7 lagi dah kena urus pelajar yang guna bas ke hotel mega.

Sampai sana pukuk 8 lebih, orang telah pun ramai. Ibu bapa dan pelajar dah memenuhi ruang legar dewan.

Tunggu sampai pukul 10 pagi baru lah vip datang. Untuk tahun ni sekolah saya jemput dato sri peter chin. Lama juga la tunggu sampai ramai yang bising. Biasa la kan wakil rakyat, perangai masih tak ubah-ubah.

Selepas majlis anugerah pelajar cemerlang sebelah pagi, majlis mesyuarat pibg sekolah pulak bersambung.

Bermacam-macam berbangkit dibincang. Terima kasih banyak kepada semua ajk dan ahli untuk pibg smk riam tang telah banyak berkhidmat kepada semua.

Akhir sekali majlis ditangguhkan pada pukul 2 petang. Kehadiran ibu bapa yang tidak membanggakan. Padahal waktu ni la ibu bapa kena datang dan kena tahu apa benda pasal isu di sekolah anak mereka kan.

Akhir sekali lepas penutup, ambo terus start motor. Dah tak larat sangat dah tadi.

Comments