Gotong Royong Perdana PIBG SMK Riam

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah jumpa lagi. Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk. Dari pagi sampai la ke malam.

Pelbagai aktiviti yanh kena bereskan. Pada hujung minggu lepas juga ada sekolah ganti dan sekolah saya buat sekolah tambahan. Aktivitinya ialah gotong royong perdana pibg.

Aduh penat habis satu badan. Saya dah la ditugaskan dalam bahagian peralatan. Bermacam-macam perkara yang perlu disiapkan dan alhamdulillah semuanya lancar.

Lepas pada aktiviti gotong royong, ada pula pertandingan silat peringkat Miri. Saya terlibat dalam ajk peralatan juga. Bertugas sampai la ke malam nak kemas semua meja dan kerusi kat kantin.

Kadang-kadang orang tak tahu kita buat kerja tapi hanya pandai komplen dan menokok tambah cerita yang didengar pada orang lain.

Allahuakhbar. Jom tidur.

Comments