Alhamdulillah, Syukur Kepada Allah. Nak Jadi Ayah?






Alhamdulillah, syukur banyak kepada allah. Sebenarnya benda ni dah tahu beberapa minggu lepas. Saja nak simpan. Lagi pun rasanya tak sesuai lagi masanya.

Allah menguji dan memberi rezeki kepada hambanya dengan pelbagai bentuk. Kami menerima rezeki dan kami juga tahu ianya juga ujian kepada hambanya dengan hati terbuka dan syukur.

Isteri tecinta disahkan mengandung. Syukur, rezeki kami awal dan semestinya apabila berkahwin ni kami bersedia. Sekarang isteri berada dijauh dan dah ada simpthon2 orang mengandung. Pening, tak lalu makan, selalu demam dan badan jadi letih.

Sudah semestinya saya sepatutnya berada disisinya tatkala waktu begini. Apakan daya, kerja dan tanggungjawab cari rezeki menyebabkan kami berada jauh. Tuhan saja tahu, dan insya allah semoga ada rezeki pindah nanti.

Kepada isteri, banyak bersabar dan tabah. Tidak lupa pada tuhan berdoa dan terus berdoa. Cekal hadapi ujian ini. Susah untuk kita nak bagi orang faham yang kita perlukan jarak yang dekat. Nak sokong dan tanda tangan pun susah! Yang mereka fikir kerja dan terus bekerja.

Ingat, ketua yang zalim di akhirat nanti neraka la tempanya.

Comments