Jalan-jalan KL Dengan Isteri, Abang Long Dan Kak Long (4)










Assalamualaikum sahabat. Saya tak berapa sihat, hari ni ambil mc pergi klinik untuk cabut gigi. Dari semalam lagi kepala dok pening dan gigi dok rasa berdenyut.

Bangun pagi tadi, masuk kelas mengajar subjek agama dulu. Lepas kelas, rasa masih dah tak tahan. Berdenyut sangat. Tanya pendapat guru lain dan mereka syorkan saya terus ke klinik untuk rawatan susulan.

Gambar di atas tu kami ambil selepas solat zohor di masjid negeri shah alam. Isteri tercinta teringin nak makan sate. Lepas bincang dengan kak long, kami ambil keputusan nak pergi makan kat sate haji samuri. Bukan main happy la bakal-bakal ibu dan bapa ni. Jarang-jarang makan ok la kan.

Kami order sebanyak 30 batang. Sudah cukup. Isteri saya hanya makan yang ayam punya. Tapikan sate kajang ni memang lembut la isinya.

Lepaskan makan dan sembang, kami terus pulang. Kepala pun dah rasa berat sangat dah.

Kat dalam ni saya dan isteri nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat abang long dan kak long. Mereka banyak bantu kami semasa kat sana. Semoga allah tambahkan lagi rezeki mereka dan kami juga. Ada rezeki lebih, kita akan perjuangkan di jalan allah. Insya allah.

Comments