Apabila Anak Murid Berlaga Bahu Dengan Cikgu

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah kita dapat habiskan hari jumaat penghulu segala hari ni kan. Cuaca yang mendung dan berangin yang sangat kuat melanda miri.

Saya rasa nak luah sedikit pandangan la dengam segelintir sikap pelajar kat sekolah terutama yang muslim ni. Ada yang bersifat sombong dan bongkak.

Maaf saya cakap, ini perangai pelajar islam. Selalu bertembung hinggakan nak berlaga bahu tapi ucapan salam haram keluar dari mulut. Boleh siap menjeling tajam. Hadoi!

Pandai sangai dah ke kalau kita berada dalam kelas yang paling cerdik? Ingat, akhlak la yang menjamin kejayaan kita nanti.

Hormatilah ibu bapa dan guru. Mereka ni kunci kejayaan dalam diri anda.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments