Selamat Bercuti Buat Sahabat, Saya Sampai Kelantan Petang Ni

Semua dah pakat dok kalut nak balik. Mereka terpaksa siapkan dalam masa 2 hari ini juga.

Korang tengok la macam mana suasana dalam bilik guru. Siap ada yang berbungkus awal-awal lagi.

Saya alhamdulillah, tahun ni tak kena jaga peperiksaan lagi. Mungkin tahun depan. Tak pe la, yang tahun depan kita citer tahun depan.

Alhamdulillah setakat ni semua kerja dah beres. Tak tahu la kalau yang depan ni ada lagi. Minggu depan adik dah nak kahwin, jadi kalut sedikit la minggu ni.

Terima kasih buat saudara yang berada di kampung. Mereka ni la yang banyak tolong dan bantu. Kesian juga dengan we dan abah. Takda siapa kat rumah tu kan.

Untuk majlis adik pompuan ni kami wat kesyukuran. Boleh ajak la sahabat handai dan kawan-kawan yang ada masa kelapangan.

Ok la, saya nak bersiap pula. Tengok barang mana yang tak masuk dalam beg lagi. Sahabat boleh follow di blog dan facebook saya untuk mengetahui perkembangan kami sekeluarga di musim cuti.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments