Menjawab Persoalan Boleh Ke Berpegang Dengan Keempat-empat Mazhab?



1. Sebenar bila masa sebenar kita harus merujuk kepada mazhab-mazhab ini?

Seseorang wajib merujuk kepada salah satu daripada empat mazhab yang mutkabar jika dia tidak mampu menggali hukum daripada Al-Qur'an dan AS-Sunnah secara langsung. Ia dipanggil sebagai taqlid, iaitu mengikut perkataan seseorang tanpa mengetahui dalilnya. Orang yang tidak sampai ke tahap Mujtahid (boleh mengali hukum terus daripada Al-Qur'an dan AS-Sunnah kerana telah menguasai kesemua ilmu-ilmu berkaitan kedua-duanya) wajib bertaqlid, iaitu mengikut salah satu daripada mazhab tersebut.

Empat mazhab yang muktabar (diterima oleh seluruh ulama' Islam secara sepakat) adalah:

Mazhab Hanafi yang dipelopori oleh Al-Imam Abu Hanifah Nu'man bin Thabit r.a.

Mazhab Maliki yang dipelopori oleh Al-Imam Malik bin Anas r.a.

Mazhab Syafi'e yang dipelopori oleh Al-Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'e r.a.

Mazhab Hanbali yang dipelopori oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal r.a.

Sebahagian ulama' Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawasanya, masyarakat awam sesuatu kawasan wajib mengikut fatwa muftinya. Mazhab muftinya adalah mazhabnya. Kalau di Malaysia, secara umumnya (kecuali Perlis) para ulama' mufti bermazhab Syafi'e. Maka, masyarakat awam di Malaysia wajib mengikut mazhab mufti mereka iaitulah mazhab Syafi'e dan fatwa-fatwa mereka dalam isu-isu semasa.

Comments